Aku tersenyum sendiri seketika .. teringat akan petanyaan seorang anak muda di dalam kesatuan para belia kami suatu ketika dahulu. Aku menegurnya kerana sepanjang pertemuan belia dia cuma termenung jauh seolah dia tidak berada bersama kami waktu itu..... ia menjawab soalanku dengan pertanyaannya begini: " Kak! Apakah Allah itu benar benar ada? Adakah Dia adil dan bisa mendengar segala doa kita? Apakah Dia mau mendengarkan saya kalau saya berdoa????"
Anak muda ini sebenarnya menghadapi krisis dari keretakan rumahtangga orangtuanya, ayahnya mahu menceraikan ibunya kerana orang kedua.... sehingga dia tidak lagi dapat menikmati nilai hidup seperti anak anak yang lain, hidup baginya terlalu sukar dan dia mula merasakan tak punya siapa siapa lagi, baginya Tuhan itu tidak wujud lagi kerana kesengsaraan hidup yang dilaluinya, Tuhan itu tidak ada kerana dia tidak dapat melihat pertolongan Tuhan takkala hidupnya sengsara...
Aku sempat mengatakan kepada anak muda itu bahwa Allah itu memang ada, Dia itu Allah yang Maha mengasihi dan Dia tau tepat bila waktu mau menghulurkan tangan menolong kita dan Allah membiarkan dia merasakan semua itu kerana dia kuat dan boleh mengharunginya dan Allah tidak pernah menduga kita lebih dari apa yang mampu kita tanggung. Dan sahabat kecil itu cuma menerimanya dengan keluhan.... antara kedengaran dan tidak dia menggumam..." Allah itu sudah tersilap kak! Kerana menyangka aku kuat, sedangkan aku ini benar benar sudah putus asa dan Dia masih membiarkan semua itu terjadi".....
Sahabat terkasih, kesunyian dan kekecewaan barangkali kerap menyelimuti kita. Kadang kita merasakan bahawa tidak ada sesiapa lagi buat kita untuk mendengarkan apalagi untuk perduli akan keberadaan kita saat ini dan akhirnya kita juga merasa bahawa Allah itu juga tidak peduli. Allah tersilap memberikan nilai beban salib itu, ianya terlalu berat buat kita pikul.
Kerana kita hanya fokus dengan penderitaan dan masalah sendiri maka secara tidak lansung perhatian kita terhadap keprihatinan Allah juga akan beransur ansur hilang. Keluhan demi keluhan membutakan kita tuk melihat pertolongan Allah, padahal Dia sedang melakukan banyak perkara besar terhadap kita lewat orang lain, sahabat sahabat dan persekitaran kita dalam banyak peristiwa.
Sahabat terkasih!!
Akan tiba waktu yang terbaik bagi semua insan yang percaya, seperti pelangi selepas hujan. Hidup kadang terlihat dan terasa terlalu rumit hingga suatu ketika kita menyalahkan takdir Illahi, seringkali kita memikirkan bahwa Allah telah tersilap perhitungan, silap menganggarkan beban salib yang sepatutnya kita pikul. Allah tidak pernah tersilap..... sebenarnya cuma kita yang silap mengenal peribadi Allah, takkala hidup diambang kegagalan kta menyalahkan Tuhan sementara hidup penuh sukacita dan keberuntungan kita lupa bahawa sebenarnya Allahlah yang memberikannya.
Sahabat.....Ingatlah selalu biar di masa susah mahupun senang , waktu miskin mahupu kaya dalam apa juga keadaan, sedarilah Allah selalu berserta kita, tika kita tiada mampu melangkah Dia membimbing kita, tika kita tiada mampu berjalan lagi Ia pantas menggendong kita, tika seorang tanpa teman Dia setia di sisi, tika semua orang putus harap terhadap kita Dia tetap mendorong kita.
Allah itu peduli. Dia sangat sangat peduli akan kita. Dia menunjukkan kepedulian-Nya mungkin saja lewat orang lain. Dia akan menyatakan belaskasihan-Nya lewat peristiwa yang tidak kita fahami dan perhitungkan. Bahkan Dia sering menunjukkan cinta-Nya lewat cara yang paling sederhana namun bermakna dan tepat pada waktunya. Percayakanlah jauh di dalam hatimu akan kasih dan perhatianNya bahawa Allah sungguh tidak pernah silap memperhitungkan.
Salam kasih dan doaku buat sahabat semua, semoga Tuhan memberkati kalian.