Rasa sebuah rasa bukan prasa
Sukar dimengerti...payah dijangkau
Menjangkanya terlalu sukar
Kerna rasa tidak bercerita seperti wajah
Rasa sebuah rasa
Biar resah tiada siapa tahu
Kerna rasa sukar terpancar tertutup dek cerita biasa2
Harus bagaimana menyelami rasa
Bila yang terpancar adalah senyuman
Rasa sebuah rasa
Selalunya sukar dimengerti biar oleh diri
Kerna rasa tertimbus oleh cerita hidup
Menenggelami deria rasa
Namun rasa tidak selalu resah
Ada juga rasa yang tertawa
Kerana cerita hidup membawanya kepuncak ria
Rasa sebuah rasa...
Lentur dia ....menyintai diri
Lentur dia.....mengasihi sesama
Lentur dia.....menjadi insani
Lentur dia.....selalu ingat akan Tuhan
Agar rasa selalu sejahtera.....wajar dalam sgala tindakan
Rasa.....
No comments:
Post a Comment