Pages

Monday, 12 September 2011

APAKAH IMAN BELIA KRESTIAN MASA KINI TERBINA DI ATAS PASIR

Apabila ada saja perbahasan di mana juga, pasti hal yang tidak pernah luput dibicarakan adalah hal yang berkaitan dengan belia...belia di sana sini. Rungutan bukan saja di dalam rumah, di kedai kedai, di jalanan, di sekolah, di mana mana juga yang boleh dikatakan sebagai tempat termasuklah di persidangan parlimen menteri menteri juga diperbincangkan dengan serius dan ternyata juga permasalahan ini tidak luput dari kalangan orang orang Krestian....ada saja isu tentang belia dan selalunya semuanya berunsur negatif.

Belia merupakan tunggak harapan negara, belia adalah generasi pelapis pada masa hadapan, namun apakah yang akan terjadi kepada sesebuah negara kalau belia yang dimiliki oleh mereka adalah mereka mereka yang rosak akhlak dan moralnya????

Di dalam kehidupan krestian masa kini, tanda tanda keruntuhan itu juga terlihat menular masuk ke dalam keluarga krestian masa kini.Ramai anak muda belia yang terlibat dengan aktiviti aktiviti yang tidak sihat, budaya kuning, rempit, ponteng sekolah, mencuri, samun, vandelis, mabuk mabukan, rokok, dadah dan sebagainya.... sebutlah apa saja bentuk keruntuhan akhlak manusia semuanya melibatkan begitu ramai belia..

Apakah belia yang memilih hidup menggereja terlepas dari gejala gejala yang tidak baik ini. Sama sekali tidak!!! Belia dikatakan suka memberontak, suka ambil keputusan sendiri, alkohol dan rokok juga sebahagian dari masalah mereka, semua masalah yang ada pada belia di luar gereja juga ada di dalam gereja. Apakah sebenarnya semua ini????

Banyak masalah tentang belia krestian juga terjadi di pengajian pengajian tinggi, mereka tergolong atau lahir dari keluarga yang memang taat menggereja, apa saja dan di mana saja gereja yang kita pergi pasti tidak akan lari dari permasalahan ini. Apakah sebenarnya yang sudah terjadi kepada belia????

Bukankah belia belia krestian juga sudah terdidik baik tentang iman, tentang apa juga hal yang melibatkan kerohanian tapi kenapa cuma sebilangan kecil saja belia yang bergerak aktif di dalam gereja, kenapakah dalam upacara upacara doa apa saja jarang sekali terlihat kelibat para belia.

Iman belia krestian pula ternyata amat rapuh,mudah saja digoyah, dirubah, dipesongkan, dicobai sedikit sahaja sudah melatah dan jatuh, mudah menyerah kalah dan tidak ada pertahanan diri yang kuat. Apakah yang sudah terjadi dengan didikan sedari kecil atau apakah benar bahawa IMAN BELIA KRESTIAN MASA KINI TERBINA DI ATAS PASIR.

Puas sudah menyangkal kenyataan kenyataan ini, namun masih lagi diperkatakan, sedemikian ramai belia krestian yang melayani dengan sungguh sungguh, belia masih lagi dipandang rendah...Di manakah letaknya kesilapan ini? Adakah semata mata di bahu belia sahaja? Ataukah mungkin salah didikan?

Apakah kita para belia masa kini bersetuju bahawa iman kita rapuh, iman kita terbina di atas pasir..... kita tanyakan pada diri, jangan cuma sekadar menepuk dada dan bertanya pada selera kerana semua itu cuma nafsu dan fikiran semata...
Apakah kita ini tergolong dari belia yang memiliki iman yang rapuh ini ataukah kita adalah sebahagian dari kegemilangan masa hadapan....kita renung renungkan, kerana jawabnya hanya ada pada kita....

Cuma sekadar pesanan, siapa kita dan apa yang kita lakukan pada masa ini adalah
penentu siapa kita di masa hadapan, namun apapun tanggapan orang terhadap kita, akan tetap masih ada masa untuk mengubah diri menjadi yang lebih mulia, selagi hayat di badan.... pandanglah ke jalanmu apakah memang engkau telah memilih jalan yang terbaik bagimu....apakah imanmu sedang kau bina di atas dasar yang kukuh atau pada pasir yang rapuh, sekali ombak datang sekali hidupmu berubah?

Bicaraku cuma sekadar berkongsi....dan apakah perkongsianmu pula dalam hidupmu sebagai belia??? Kongsikanlah jika anda sudi

No comments:

Post a Comment