Pages

Wednesday, 14 September 2011

KISAH SEORANG WANITA KECIL

Masih ku ingat lagi seorang gadis kecil, mamanya seorang penganut budha dan daddynya seorang pegan yang mengamalkan ilmu kedukunan. Sedari kecil anak ini tidak mengenal Tuhan namun yang seingat anak kecil ini, meskipun dilahirkan bukan sebagai keluarga Krestian namun setiap tahun hari natal pasti diraikan oleh kedua orang tuanya.

Keluarganya adalah keluarga yang sederhana saja, ayahnya seorang guru besar sementara ibunya pula bekas seorang guru yang terpaksa berkorban berhenti kerja semata mata untuk membesarkan anak anak. Bagi seorang guru kejayaan anak anak dalam pelajaran adalah aset kejayaan sebenar di dunia ini, justeru kerana itu anak gadis ini membesar bersama tekanan...menjadi anak yang berjaya...menjadi contoh terbaik bagi saudara saudaranya harus dan tanpa gagal.

Gadis ini seorang yang bijak dan terpilih sebagai dari antara yang terbaik di zamannya,meskipun dalam usia terlalu muda kerana sistem lompat kelas yang di amalkan pada masa itu....membuatnya berada di tahun 6 pada usia seawal 9 tahun. Gadis ini membesar bersama tekanan dan semuanya harus dia tempuhi sendirian di usia sedemikian muda.

Berada di negeri orang dalam usia 9 tahun, tinggal di asrama, jauh dari keluarga dalam jarak yang begitu jauh dan tanpa ada sesiapa sebagai tempat untuk mengadu. Dapatkah kita bayangkan dalam usia sekecil ini bagi anak anak masa kini, bagaimana mereka harus menempuhi semuanya itu????

Sebagai pelajar di negeri orang, dia adalah yang termuda dalam sejarahnya, hidup mandiri, menyuci kain, menjemur dan melipat serta meyusunnya, mandi dan terpaksa mengangkat serta menyediakan air yang di ambil dari tangki bumbung asrama, bangun sendiri, belajar mengikut jadual, bergaul dengan kawan kawan yang lebih dewasa. Di masa cuti sekolah semesta 1 & 2, terpaksa balik ke rumah keluarga angkat yang sering menghina keberadaannya dan pegangannya.

Meskipun ia bukan seorang Krestian tetapi dia mengakui kepada semua bahawa dia beragama krestian dan dia sanggup menanggung semua hinaan dan cercaan kerana mengakui sebagai krestian. Bangsanya di ejek sebagai monyet purba, masih bercawat dan sebagainya...apa taunya seorang gadis kecil untuk menghadapi semua itu, tinggal di asrama sewaktu cuti juga bukan suatu yang menyenangkan kerana terpaksa masak sendiri dan membeli keperluan memasak sendiri...

Gadis ini dewasa bersama tekanan dan sekecil usianya dia terpaksa menjadi dewasa...dia belajar menghadapi tekanan. Dia menjadi kuat kerana hinaan hinaan yang diterimanya kerana menjadi krestian...dalam usia semuda itu dia harus belajar tidak menangis...dia berjuang. Agama krestian yang dipinjamnya untuk dirinya kerana malu mengakui dia anak pegan, namun ternyata menjadi krestian lebih membuat dia banyak menderita.

Apakah gadis ini berputus asa?????Tidak!! Semangatnya menjadi seorang krestian bertumbuh dan dia mengenal Kristus dari hinaan orang, dalam usia 10 tahun dia mengambil keputusan untuk memasuki sekolah minggu dalam bahasa inggeris kerana ternyata gereja di tempat itu menggunakan pertuturan dalam bahasa inggeris....sebenarnya dari antara yang terpilih ke sekolah di tempat dia belajar, ramai dari antara mereka sememangnya lahir sebagai krestian, namun disetiap minggu sebuah bas yang besar datang khusus untuk membawa pelajar krestian ke gereja hanya dinaiki oleh gadis kecil ini...di gereja itu teman temannya terdiri dari orang orang nasrani, india dan cina dan itu tidak pernah mematahkan semangatnya menjadi seorang krestian.

Mengenal kristus mengajar gadis ini banyak berdoa dan percaya bahawa Allah itu satu satunya pengharapan semasa di perantauannya tanpa ada orang tua di sisinya. Sungguh perantauannya bukanlah suatu nostalgia indah namun perantauannya ternyata panggilan Tuhan untuk datang kepadaNya..mengenal Dia lewat jalan jalan salibNya. Kerana terlalu muda kepercayaannya terhadap orang pernah dipermainkan...kejujurannya ternyata menjadi permainan, namun gadis ini belajar dan tahu dengan cepat, ternyata pesan ibunya senantiasa menemani perantauannya.

Kini dia seorang ibu...biarpun tidak menjadi orang yang luar biasa atau orang yang berjaya...tetapi dia adalah seorang yang luarbiasa di dalam Allah...Allah memakainya menjadi alat untuk menyelamatkan banyak jiwa di perantauan....
menyelamatkan jiwa anak muda yang penuh persoalan, menyelamatkan krisis rumahtangga ... memberi tunjuk ajar kepada yang memerlukan dan siap setiap saat sebagai saluran alatNya bagi jiwa jiwa....

Dia memangnya manusia biasa, namun punya jiwa yang luarbiasa....dan kini beliau berkarya mambantu banyak jiwa...Allah memakainya sebagai saluran Cinta kasih menyelamatkan banyak jiwa anak muda dan rumahtangga...orang orang yang masih buta tentang Allah...bukan saja secara bersemuka tetapi kini juga secara maya.

Dari seorang gadis kecil yang nol....ia jatuh dan bangun.... bersama Allah. Semoga Tuhan memberkatinya walau di manapun dia berada dan semoga kian banyak jiwa yang dapat dijangkaunya lewat cinta kasih Allah, kerana Allah yang terlebih dahulu membenarkan dia di uji dan kini....dia membantu dari pengalaman lalunya dan tiada apapun yang diberikannya tanpa mengalaminya terlebih dulu...kalau mungkin tanpa mengalaminya tapi mempelajarinya dari orang orang yang pernah dia temui.
Kini seluruh keluarganya juga mengenal Allah lewat doa gadis kecil yang menderita itu dahulu....terpujilah Allah! Hossana bagi Dia! Haleluya!

Semoga cerita ini membantu kita semua, bagi yang diperantauan atau yang berada di kolej mahupun pengajian tinggi, yang terpaksa tinggal dengan keluarga angkat, yang berkelana, kepada para belia mahupun remaja, kepada semua yang teranaiya, kepada mereka yang pernah tersesat, terlajak dari kehidupan dan yang selalu mau mendekat pada Allah namun selalu teruji....jadikan panduan dan sempadan hidup. Semoga Tuhan memberkati kita semua

No comments:

Post a Comment